Laman Utama

“Just Post It!”- Tak Takut Dikecam, Elfira Loy Kongsi Perkembangan Anak Hanya Untuk…

gempak
Syafiqah Jalal
09/04/2021
04:20 MYT
Sponsor Banner
“Just Post It!”- Tak Takut Dikecam, Elfira Loy Kongsi Perkembangan Anak Hanya Untuk…
Pelakon Elfira Loy akui segala perkongsiannya mengenai perkembangan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf, 2, di laman sosial lebih kepada untuk simpanannya sebagai memori akan datang.
Menerusi perkongsian tersebut Elfira memberitahu dia dapat melihat bagaimana perubahan dan pembesaran anak lelakinya itu.
“Let's study with Rayyan! Sharing this for memories.
“Nasib baik dulu saya rajin record semua milestones Rayyan , bila orang tanya saya pasal Rayyan , saya suruh refer je pada page @muhamadrayyankhalafofficial ,” katanya.
Elfira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Elfira memuat naik rakaman video anaknya sedang mengenal haiwan dari flash card.
Pelakon filem Tentang Bulan itu turut menegaskan ibu bapa tidak perlu takut dengan apa jua kata-kata negatif orang luar apabila memuat naik foto atau video anak mereka kerana ia satu perkongsian yang bermanfaat.
“If you want to post about your child, just post it! Jangan takut orang cakap ini cakap itu.
“Im glad other mothers shares too dari situ banyak saya belajar and refer.
“Tapi jangan jadikan benchmark untuk anak kita pulak. Setiap anak terdedah pada environment yang berbeza-beza. Kalau dia tak biasa tengok benda tu tetiba kita nak dia cakap jugak benda tu , susahkan.
“So kita belajar dari minat anak kita and polish je dari situ,” jelasnya lagi.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Faris Kahirol Anuar pada 1 Januari 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live