Selain Farah Ann dan Welson Sim, seorang lagi atlet negara iaitu Lee Zii Jia juga berjaya mencuri perhatian ramai.

Bukan hanya sekadar memiliki wajah yang kacak, pemain badminton perseorangan negara ini turut memiliki kemahiran dan teknik bermain yang hebat.

Malah Zii Jia juga tidak berdepan masalah untuk memenangi perlawanan pertama Kumpulan M, Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan wakil Ukraine, Artem Pochtarov, 2-0 yang berlangsung semalam.

Paling menarik perhatian apabila hanya 25 minit diperlukan taruhan utama negara itu untuk merakamkan kemenangan 21-5, 21-11 dalam perlawanan pembukaan berkenaan.
Mungkin ramai yang tidak tahu tapi ini antara fakta menarik tentang atlet kacak ini:

1. Berasal dari Alor Setar, Kedah, pemain ini mempunyai ketinggian 186cm, berat 78kg.

2. Lahir pada 29 Mac 1998, Zii Jia mula bermain badminton sejak berusia enam tahun.

3. Dia mula bermain secara profesional pasa usia 13 tahun selepas menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan bawah 12 tahun.

4. Zii Jia kemudian ditawarkan kemasukkan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.

5. Menjadi juara junior di Terbuka Badminton Perak dan Selangor pada 2015 seterusnya berjaya menempatkan diri dalam Persatuan Badminton Malaysia.

6. Menduduki ranking ke-10 dunia, lawan Zii Jia sewaktu All England 2021, Viktor Axelson berada di ranking ke-2.

7. Perlawanan ini merupakan pertemuan kedua menentang Axelson. Sebelum ini Zii Jia menewaskan pemain Denmark itu pada tahun 2019.

8. Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai AS$59,500 (RM244,344).

9. Pemain tempatan lain yang pernah menjuarai kejohanan badminton paling tua ini adalah Wong Peng Soon (1950,1951,1952,1955), Datuk Eddy Choong (1953,1954,1956,1957), Tan Aik Huang (1966) dan Muhammad Hafiz Hashim (2003).

10. Zii Jia boleh dianggap sebagai pengganti kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Untuk perkembangan lain, Zii Jia kini mencongak perhitungan dengan jaguh Perancis, Brice Leverdez, dalam perlawanan kedua Rabu ini.