Bukan saja mempunyai rupa paras yang kacal, malah pelakon ini antara bintang yang berbakat dalam industri hiburan China ketika ini.

Tambah menarik, drama mereka kini meraih populariti luar biasa, baik di China mahupun Malaysia.

Berdiri sebaris dengan bintang ‘oppa’ daripada Korea, ini antara pelakon kacak China yang anda perlu tahu.

#1 Li Xuan

Bintang China berumur 30 tahun ini memulakan kerjaya pada 2012 menerusi filem Feng Shui.

Ketika itu dia hanya memegang watak kecil saja, namun siapa sangka hari ini dia antara bintang yang menyerlah.

Anda boleh lihat lakonan terbarunya menerusi Sword Dynasty!

#2 Darren Chen

Pelakon dan juga model berusia 26 tahun ini merupakan anak jati Taiwan.

Darren sangat dikenali menerusi lakonannya dalam Meteor Garden ditayangkan pada tahun 2018.

Anda boleh tonton drama terbaru Dareen iaitu My Unicorn Girl di iQIYI.

#3 Wang Ziyi

Dilahirkan pada 1996, pelakon ini juga dikenali sebagai BOOGIE.

Selain pelakon Wang juga merupakan seorang rapper, penari dan penyanyi.

Anda boleh lihat lakonan jejaka ini menerusi We Are All Alone.


#4 Song Weilong

Pemuda berusia 22 ini cukup dikenali sebagai pelakon dan juga model.

Dia terkenal menerusi watak Yuan Song dalam karya Find Yoursel serta Ling Xiau dalam Go Ahead.

Anda boleh tonton drama terbarunya menerusi In A Class Of Her Own.


#5 Wang Ruichang

Dilahirkan pada 8 Oktober 1997, dia juga dikenali dengan nama Wang Richard.

Wang memulakan lakonannya pada 2017 menerusi drama The Eternal Love.

Anda boleh tonton drama terbarunya juga menerusi In A Class Of Her Own di iQIYI.

Untuk makluman, anda boleh tonton banyak lagi filem atau drama China menerusi iQIYI.

Anda boleh strim di Ultra Box, aplikasi Astro GO serta banyak lagi di iQIYI.

Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo.