Gempak logo
VIRAL

Kad Kahwin Jofliam Tular, Bakal Nikah 5 April Depan?

article-author-avatar
Ainun Md Zooki 22/03/2025 | 03:25 MYT
Kad Kahwin Jofliam Tular, Bakal Nikah 5 April Depan?

Tular di aplikasi Threads apabila seorang individu memuat naik gambar kad undangan perkahwinan milik pempengaruh Jofliam dan pasangannya, Dewi atau nama sebenarnya, Emira Delyati Dewi.

Menerusi hantaran tersebut, majlis akad nikah pasangan itu dikatakan bakal berlangsung pada 5 April di kediaman pihak lelaki.

Kata Individu berkenaan, dia turut mendakwa kad jemputan itu sahih dan boleh dipercayai.

Lebih menarik, tarikh ijab kabul itu juga dikatakan dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Dewi, menjadikan hari istimewa itu lebih bermakna buat pasangan tersebut.

Terdahulu, Dewi didakwa sebagai individu yang menjadi punca kepada perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.

Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi, yang juga pekerjanya, serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.

BERITA BERKAITAN: Cik Epal Dedah Gelaran Chef Pizza Jofliam Tak Diiktiraf - “Cara Dia Dapat Tu Macam Semua Orang, Asal Ada Duit”

BERITA BERKAITAN: Alami Depresi Ketika Masih Bergelar Isteri, Cik Epal Pernah Terfikir Untuk Akhiri Hidup - “Sebab Mental Aku Dah Penat”

BERITA BERKAITAN: Jofliam Makin Terbuka Kongsi Hubungan Dengan Dewi, Siap Gelar ‘Bidadari Abang’

BERITA BERKAITAN: Tular Video Dewi Bercuti Bersama Rakan & Berpakaian Seksi, Netizen Persoal - “Waktu Ni Kau Masih Isteri Orang Tau”

#Kahwin #April #bulan #Kad #Dewi #Jofliam