HIBURAN
Kad Undangan Bocor, Luna Maya & Maxime Bouttier Kahwin 7 Mei Ini
Pada saat peminat masih teruja melihat ramalan romantik yang dilakukan Maxime Bouttier terhadap Luna Maya di Jepun baru-baru ini, khabar gembira kembali hadir daripada pasangan popular ini.
BERITA TRENDING: Luna Maya Dilamar Maxime Bouttier, Pamer Foto Macam Babak Drama Cinta
BERITA TRENDING: Perkahwinan Dengan Luna Maya Sudah Dekat, Maxime Bouttier: “Dia Sudah Ada List…”
Meski ia bukan kenyataan rasmi yang keluar daripada mulut mereka namun berita perkahwinan mereka yang bakal berlangsung kurang sebulan dari sekarang sudah tersebar.Hal ini gara-gara kad undangan perkahwinan Luna dan Maxime didakwa sudah tersebar dan salah satu Instagram terkenal Indonesia ikut berkongsi berita tersebut.
Menerusi perkongsian yang dibuat, kad undangan perkahwinan Luna dan Maxime didakwa sudah tersebar.
Pasangan itu dijadual berkahwin pada 7 Mei 2025 dengan majlis akan dilangsungkan di Ubud, Bali.
Save the date for the akad of Luna and Maxime. May, 7th 2025. Ubud, Bali, Indonesia (‘Simpan’ tarikh ini. Akad untuk Luna dan Maxime. 7 Mei 2025. Ubud, Bali, Indonesia),” begitu informasi dalam undangan yang dikongsi akaun @lambe_turah seperti dilaporkan Insertlive.
BERITA TRENDING: Luna Maya ‘Down’ Digelar Perempuan Tua Tak Laku
Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis belum ada pengesahan dibuat Luna ataupun Maxime.Must-Watch Video