Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Kadang-Kadang Duit Kita Bagi Tak Ada Nilai Pun..." - Fizo Omar Kongsi Luahan Rasa Mengenai Ibu

Kamaruddin Razal
13/06/2019 02:29 MYT
Pelakon dan usahawan Fizo Omar berkongsi luahan rasa mengenai ibunya, Hasnah Jidin.

Bersyukur diberikan rezeki untuk menjaga ibu, Fizo mendedahkan ratu hatinya itu sudah tinggal bersamanya di Kuala Lumpur lebih 10 tahun.

Fizo memuat naik sekeping foto ibunya yang tersenyum manis di sebuah pasar raya bersama troli yang berisi barang keperluan harian di laman Instagram miliknya bersama kapsyen panjang lebar.

"Macam inilah perasaan aku masa kecil dulu bila mama bawa pergi kedai mainan. Punyalah seronok dan suruh buat apa pun aku sanggup seban nak pergi kedai mainan dan beli gula-gula.

"Mama je yang boleh melayan sebab arwah bapa sibuk cari duit. Kalau balik rumah kawtim dengan mama sorok jangan bagitahu kat bapa kalau beli mainan, nanti dia bising.

"Dari kecil sampailah besar, mama sangat faham dan susah senang aku jatuh bangun semua mama sentiasa bersama. 

"Tahun ni dah lebih 10 tahun mama tinggal bersama aku kat KL ni melihat sendiri perjalanan aku.

"Syukur Ya Allah aku diberikan rezeki yang tak ternilai iaitu rezeki dapat menjaga ibu dan rezeki doa dari ibu yang Allah janjikan takkan ditolak.

"Sekarang ni, kalau dibawa ke pasar untuk beli barang dapur untuk masak-masak dia punya seronok macam tu juga aku masa kecil dia bawa pergi kedai mainan. Balik masak sama-sama dan bagi orang makan itulah kepuasan dia," tulis Fizo.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mcm ni lah perasaan aku masa kecik2 dulu bila mama bawa g kedai mainan.punya lah seronok n srh buat ape pun aku sggp sbb nak g kedai mainan n beli gula2.mama je yg boleh melayan sebab arwah bapa sibuk cari duit. N kalau blk rmh kawtim ngn mama sorok jgn bgtau kat bapa kalau beli mainan pape nnti dia bising. . Dr kecik smpi lah besar, mama sgt faham dan susah senang aku jatuh bgn smua mama sentiasa bersama.tahun ni dah lebih 10 tahun mama tinggal bersama aku kat KL ni melihat sendiri perjalanan aku. . Syukur Ya Allah aku diberikan rezeki yg tak ternilai iaitu rezeki dpt menjaga ibu dan rezeki doa dari ibu yg Allah janjikan tak kan ditolak. . Sekarang ni, kalau dibawa ke pasar utk beli brng dapur utk masak2 die punya seronok mcm tu jgak aku masa kecik2 dia bawa g kedai mainan.dan blk masak sama2 n bg orang makan itulah kepuasan dia. . Orng tua bkn nak ape pun dr anak2.kdng2 duit kita bg xde nilai pun.last2 dia kumpul beli brng kt cucu gak.yg paling bernilai adlh masa dan perhatian dr seorang anak.ko kerja kuat mcm mne pun cari rezeki, xde makna nya bro kalau ibu kita simpan je perasaan dgn anak.kita berjaya ni atas usaha kita sikit je sbnrnya, selebihnya dgn izin Allah atas doa yg ckp ikhlas dari seorang ibu.itu senjata paling berharga. Rugi la ko kalau senjata masih ada tapi tak digunakan dgn betul2. . Xfaham xpe la ape yg aku ckp ni.tapi kalau faham jaga lah senjata tu elok2 dan guna lah sebaik mungkin.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Tambah bintang kelahiran program pencarian Hero Remaja ini, masa dan perhatian merupakan perkara yang paling bernilai untuk ibu bapa.

"Orang tua bukan nak apa pun dari anak-anak. Kadang-kadang duit kita bagi tak ada nilai pun.

"Last-last dia kumpul beli barang kat cucu juga. Yang paling bernilai adlalah masa dan perhatian dari seorang anak.

"Kau kerja kuat macam mana pun cari rezeki, tak ada maknanya bro kalau ibu kita simpan je perasaan dengan anak," katanya.

Ujar Fizo lagi, doa ikhlas seorang ibu menjadi penyebab anak-anak berjaya.

"Kita berjaya ni atas usaha kita sikit je sebenarnya, selebihnya dengan izin Allah atas doa yang cukup ikhlas dari seorang ibu.

"Itu senjata paling berharga. Rugilah kau kalau senjata masih ada tapi tak digunakan dgn betul-betul.

"Tak faham tak apalah apa yang aku cakap ni. Tapi kalau faham jagalah senjata tu elok-elok dan gunalah sebaik mungkin," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai bersetuju dengan pendapat Fizo dan memuji keperibadian Fizo yang menjaga kebajikan ibunya dengan baik.
#Fizo Omar