Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kadang Lelaki Kalau Nampak Kita Sayang Dia, Dia Pijak-Pijak Kita" - Vida Simpati Nasib Bella Astillah, Mahu Terus Bangkit & Bahagia

Amri Hassan
06/04/2024 04:55 MYT
Usahawan terkenal Datuk Seri Vida bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon Bella Astillah susulan isu rumah tangganya bersama Aliff Aziz.

BERITA TRENDING: "Percayalah, Bella Bukan Berlaku Curang" - Datin Patimah Ismail

Kata Vida, dia turut melayangkan doa buat Bella ketika berada di Tanah Suci Makkah khusus demi melihat kebahagiaan Bella.

"Assalamualaikum Bella sayang, beradanya saya di tanah suci Kota Makkah ini, saya mendoakan kebahagiaan kesejahteraan awak sayang.

"Semoga setiap perbuatan khianat dan fitnah terhadap awak dibalas dengan sejuta ganjaran kebaikan daripada Allah.

"Semoga segala urusan awak dipermudahkan sayang. InsyaAllah segala yang berlaku ada hikmah baik yang akan mendatang," katanya.

PILIHAN PEMBACA: “Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?” - Bella Astillah


Dalam pada itu, Vida akui dirinya terkejut dan sakit hati dengan pendedahan kecurangan Aliff berkali-kali.

"Ya Allah Bella, di sini saya doa untuk awak kuat. Buat keputusan yang terbaik. Saya tak nak lagi awak menderita.

"Awak sangat cantik, ada kerjaya, awak hebat, awak boleh jadi lebih hebat lagi.

"Kadang-kadang hidup ini, orang lelaki kalau nampak kita sayang dia, dia pijak-pijak kita. Seolah kita menagih kasih dekat dia. Akhirnya apa yang dia buat?

"Saya nak awak bangkit berjuang untuk teruskan hidup," tambah Vida memberikan kata-kata semangat.

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)


Terdahulu, rumah tangga Bella Astilla terpalit kontroversi apabila suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas kejadian tersebut.

Bagaimanapun Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu disebut semula pada Khamis lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
#Datuk Seri Vida #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Umrah #DSV #Makkah #Curang #Doa #Simpati
;