Hiburan

“Kadang-Kadang Rasa Macam… Jahat Sangat Ke Aku Ni?” – Imam Muda Asyraf

gempak
Mya Amri
30/07/2020
12:30 MYT
Sponsor Banner
“Kadang-Kadang Rasa Macam… Jahat Sangat Ke Aku Ni?” – Imam Muda Asyraf
Pendakwah Imam Muda Asyraf mendedahkan dia juga tidak ketinggalan menerima komen-komen negatif daripada netizen.
Asyraf berkongsi perkara itu menerusi episod baru program Rumah No 107.
Menurut Asyraf, untuk tidak menggangu emosinya, dia mengambil langkah untuk mengabaikan dan tidak membaca komen-komen berkenaaan.
“Perumpaannya begini, kalau 100 orang komen dan semuanya pujian, itu rasanya dah biasa kita dengar. Tapi dalam banyak-banyak itu, ada dua je komen jenis kutukan, memang tidur pun tak lena.
“Kadang-kadang ada rasa macam jahat sangat ke aku… Sebab itu saya sudah lebih kurang lapan ke sembilan tahun jugalah saya mengambil keputusan untuk berhenti baca setiap komen orang.
“Bila kita tak baca kita jadi lebih tenang… Tapi lama-lama benda itu kita akan rasa seperti alah bisa tegal biasa,” kongsnya.
Selain Asyraf, Pencetus Ummah Azman (PU Azman) juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.
Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.
Jangan lupa saksikan kisah penuh IM Asyraf dan PU Azman menerusi Rumah 107 esok, jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live