Filem Zack Snyder's Justice League telah ditayangkan secara eksklusif 18 Mac lalu dan sejak daripada itu, penonton tidak henti memuji karya berkenaan yang dikatakan cukup hebat berbanding versi 2017 lalu.

Rata-ratanya berpuas hati dengan babak tambahan serta perubahan daripada beberapa aspek termasuklah kesan khas, kostum serta color grading.

Malah, versi Zack Snyder dikatakan lebih sempurna apabila ditayangkan selama empat, jam secara On Demand menerusi Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.

Namun, dalam keseronokan itu, ramai juga tidak berpuas hati apabila Zack Snyder tidak lagi meneruskan penghasilan filem Justice League seterusnya.

Susulan itu, muncul tanda pagar atau hashtag #RestoreSynderVerse di platform Twitter.

Sejak semalam hashtag tersebut telah trending di Malaysia dan beberapa negara seluruh dunia.

Kebanyakan mahukan Zack Snyder meneruskan legasi universe Justice League seterusnya.

Anda boleh lihat gambar di bawah.

Sekadar infoCEO WarnerMedia, Ann Sarnoff mengesahkan yang pihaknya tidak akan menyambung SnyderVerse selepas filem Zack Snyder's Justice League.

Snyder juga pernah menyatakan yang dia tidak lagi akan membikin filem superhero di masa akan datang namun tidak akan menolak jika ditawarkan filem sedemikian.

Adakah permintaan peminat di Twitter akan ditunaikan, sama-sama kita nantikan.

Apapun jangan lepaskan peluang menonton Zack Snyder's Justice League yang ditayangkan eksklusif secara On Demand menerusi Ultra Box, Astro GO dan HBO GO

Sekadar info, Justice League pada awalnya diarahkan oleh Snyder, namun atas masalah keluarga dia terpaksa mengundur diri lalu digantikan dengan Whedon.

Justice League dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill (Superman), Gal Gadot (Wonder Woman), Jason Momoa (Aquaman), Ezra Miller (The Flash), Ray Fisher (Cyborg) dan ramai lagi.