Hiburan

Kahwin 24 Ogos, Ippo Hafiz Buat Tiga Resepsi

gempak
Fiza Kamarudin
14/08/2019
10:05 MYT
Sponsor Banner
Kahwin 24 Ogos, Ippo Hafiz Buat Tiga Resepsi
Komposer dan penyanyi Ippo Hafiz merancang untuk mengadakan tiga kali resepsi selepas majlis akad nikahnya yang bakal berlangsung pada 24 Ogos ini.
Selain tiga majlis resepsi, Ippo juga akan memperdengarkan lagu baru pada majlis persandingannya bersama pasangan, Fara Roslan.
"Ia lagu bertemakan perkahwinan dan saya akan kongsi sebahagiannya di majlis akad nikah nanti. Jadi, selain majlis akad nikah, akan dirakamkan juga video muzik lagu baru ini.
“Sebelum ini saya banyak hasilkan lagu tema drama. Jadi, apa salahnya kalau saya buat lagu tema untuk majlis sendiri,” katanya.
Walaupun gementar untuk menamatkan zaman bujangnya, Ippo berkata dia seperti tidak percaya bakal bergelar suami kurang dua minggu lagi.
Bagaimanapun, dia sudah mempersiapkan diri dengan selengkapnya kerana sedar tanggungjawab sebagai suami bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
“Perkahwinan adalah tanggungjawab dan amanah. Saya bakal menjadi suami dan imam kepada isteri dan anak-anak nanti.
“InsyaAllah…doakan yang baik dan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Majlis akad nikah Ippo dan Fara akan berlangsung di sebuah vila yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung pada 25 Ogos ini manakala pihak lelaki pula pada 31 Ogos.
"Selain dua majlis resepsi itu, Insya-Allah akan ada satu lagi majlis hujung tahun ini khas buat rakan-rakan artis,” katanya.
Ippo berkenalan dengan Fara ketika bekerjasama menghasilkan video muzik lagu Saat Bahagia tahun lalu.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024