Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kahwin Dalam Masa Terdekat? Seriouslah? Ini Jawapan Jujur Wany Hasrita...

Asraf Aided
05/11/2021 03:54 MYT
Penyanyi Wany Hasrita masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tahun ini.

Menurut penyanyi lagu Terlalu Memuja itu, dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya terlebih dahulu.

"Tahun ini saya mahu fokus untuk kerja, tiada perancangan kahwin, sebenarnya saya sedang tumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan juga.

"Masih belum ke peringkat seterusnya ataupun tidak, susah untuk saya kongsikan sebab tiada apa yang rasmi lagi setakat ini. Lainlah kalau sudah ada kad jemputan, barulah kita tahu," katanya kepada Gempak.

Wany berkata demikian ketika ditemui di acara pertunjukan koleksi Behati di Kuala Lumpur Fashion Week pada Khamis.

Dalam pada itu, Wany juga menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan seorang juruterbang dalam masa terdekat.

"Jadual kerja saya memang penuh hingga ke hujung tahun, maknanya dakwaan untuk kahwin dalam masa terdekat itu tidak benar," katanya.

Ditanya sama ada menjalin hubungan dengan seorang juruterbang ataupun tidak, Wany enggan mengulas lanjut.

"Bab itu, biarlah rahsia," tuturnya ringkas menutup bicara.

Menerusi laporan Gempak pada 29 Mac lalu, Wany tidak bersedia untuk mendedahkan gerangan jejaka yang berjaya menambat hatinya.

Menurutnya, dia memegang prinsip itu selepas belajar dari pengalaman sendiri serta rakan-rakan artis yang lain.

BACA: "Sepatutnya Bagi Ibu Kahwin Dahulu Tapi..." - Wany Hasrita Dah Jumpa Kekasih Hati

***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.

#Kahwin #Penyanyi #Wany Hasrita #Dakwaan
;