Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kahwin Kali Kelima, Andika Kangen Band Minta Maaf Pada Semua Bekas Isteri

Maliah Surip
07/02/2024 03:50 MYT
Vokalis Kangen Band, Andika Mahesa, 40, selamat berkahwin buat kali kelima pada 31 Januari 2024.

Andika yang juga dikenali dengan panggilan Babang Tamvan diketahui berkahwin dengan seorang doktor bernama Ayu Kartika.

BERITA TRENDING: Vokalis Berang Anak Dimaki Kerana Kad Pokemon, Ajak Bapa Pelajar Lawan Tinju

Menerusi perkahwinan kelima ini, Andika mengaku berasa lebih tenang berbanding empat pernikahannya yang gagal di tengah jalan.

“Mungkin kerana pernikahan ini dihadiri oleh ahli keluarga, ibu dan bapa kami, lebih terasa tenang dan direstui,” kata Andika seperti dilaporkan Kompas.com.

Pelantun lagu Cinta Sampai Mati itu malah menyampaikan permohonan maaf kepada empat wanita yang pernah menjadi bekas isterinya.

“Saya minta maaf kepada semua orang (bekas isteri) yang pernah saya sakiti. Saya mohon maaf, terima kasih,” ucap Andika sewaktu majlis pernikahannya.

PILIHAN PEMBACA: Gaya Menyanyi & Vokal Diparodikan, Netizen Backup Andika Kangen Band, Senaraikan Kebaikannya Bina…

Menurut Andika, sebagai suami dia tidak pernah mahu rumah tangganya gagal. Namun sebagai manusia biasa, dirinya tidak dapat meramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

“Memang jalannya harus begini, karena jodoh enggak pernah tahu kan, ada yang pacaran lima tahun bahkan lebih, kalau bukan jodoh bakal sulit, tapi kalau jodoh ya bakal dipermudah walaupun sebentar bertemunya.

“Seperti yang ini, kami berkenalan hanya dua bulan,” katanya lagi.

Menerusi perkahwinan kelima ini, Andika mengungkapkan impian keluarga yang mahu ia menjadi perkahwinan terakhir dalam hidupnya.

Andika pertama kali menikah dengan Ade Bunga Niari pada 2007 dan keduanya bercerai pada 2010. Mereka dikurniai seorang anak hasil perkahwinan tersebut.

Secara keseluruhan, penyanyi ini mempunyai lima orang anak hasil empat perkahwinan lampau.

PILIHAN PEMBACA: Hitam Legam, Penampilan 'Hancur', Andika Pernah Malu Peminat Tahu Dirinya Vokalis Kangen Band

#Viral #Nikah #Indonesia #Andika #Kangen Band
;