Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Kahwin Tanpa Pengetahun, Terasa Disindir Punca Isteri Pertama Bergaduh Dengan Madu Jurulatih Bola Sepak

Syafiqah Jalal
24/01/2023 04:46 MYT
Semalm tular kisah dua orang madu kepada seorang jurulatih bola sepak bergaduh dan bertengkar di sebuah restoran.

Hasil siasatan, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim puncanya adalah kerana isteri pertama berang disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen malam Ahad.

"Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen.

"Isteri pertama jurulatih tersebut turut memarahi madunya dan mendakwa wanita itu telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, turut berlaku kejadian tarik menarik rambut antara kedua-dua individu terbabit.

"Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran.

Pada Isnin, suasana sebuah restoran di sini gempar apabila dua individu dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak bergaduh.

Sumber: Sinar Harian
#Kahwin #Madu #Isteri #Bola Sepak #Tanpa #Bergaduh #Pertama #Punca #Jurulatih #Disindir #Pengetahun #Terasa