Kajol Balas Pertanyaan Di Twitter, Sharifah Amani Teruja!

Asraf Aided
Mei 5, 2020 10:00 MYT
Pelakon Sharifah Amani berasa teruja apabila aktres popular Bollywood, Kajol membalas pertanyaannya di laman Twitter.
Amani ada bertanya kepada aktres jelita itu tentang watak kegemarannya sepanjang berkecimpung di layar perak.
Tidak berdiam diri, Kajol membalas pertanyaan Amani dengan mengatakan Anjali adalah watak kegemarannya.
Tidak lama selepas itu, Amani berkongsi semula jawapan Kajol dalam sebuah tweet. Menurut Amani, dia juga amat menyukai watak Anjali.
Namun begitu, ada juga netizen yang berasa keliru tentang watak Anjali yang dimaksudkan itu sama ada dalam filem Kuch Kuch Hota Hai atau Khabi Kushi Khabi Gham.
"Anjali masa belajar atau yang pakai Sari?
"Anjali yang mana satu?
"Anjali Kuch Kuch Hota Hai ke Anjali Sharma Khabu Kushi Khabi Gham?" tulis netizen.
Dalam pada itu, ramai juga wargamaya yang turut berasa teruja melihat dua aktres kegemaran mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Gais, Kakak Kajol reply ai. ? pic.twitter.com/3iNTnSXnRc

— Sharifah Amani (@sharifahamani) May 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Anjali is one of my favourite characters of yours too. I admire Simran’s fire as well. Thank you for introducing us to all these wonderful women. I love you. ❤️ https://t.co/gC1TpLW5Gh

— Sharifah Amani (@sharifahamani) May 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#pelakon #Kajol #Pelakon #Sharifah Amani