Kajol Ungkap Kata Manis Buat Suami
Aktres Bollywood, Kajol memuji sikap suaminya yang sangat memahami dan bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang bapa.
Menurut bintang filem Kuch Kuch Hota Hai ini, Ajay Devgan seorang lelaki yang sangat romantis walaupun sudah 16 tahun mereka mendirikan rumah tangga.
“Ajay adalah inspirasi saya untuk fokus bekerja dalam filem Dilwale. Tidak mungkin saya dapat lakukan yang terbaik dalam filem ini tanpa sokongan dan bantuannya. Dia sanggup tinggal di rumah dan menguruskan anak-anak,”ujar Kajol.
Jelas Kajol lagi, itu bukti cinta sejati yang ditunjukkan Ajay dan tiada lelaki dapat menandinginya.
“Saya ada beritahu Ajay mengenai penggambaran Dilwale bakal mengambil masa yang lama. Saya tida suka kerana akan berjauhan dengan anak-anak. Tetapi dia dia tidak kisah mengenai perkara tersebut dan cuba membantu saya untuk merealisasikan filem tersebut.
“Saya rasa inilah yang digelarkan cinta sejati,” ujar Kajol.
Dilwale yang menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol sebagai pelakon utama merupakan filem komedi romantik yang diarahkan oleh Rohit Shetty. Ianya bakal ditayangkan pada 18 Disember dengan menelan kos pembelanjaan sebanyak RM82 Juta.
Olahan Semula: Khalid Rahman
Sumber: Pink Villa