HIBURAN
Tunku Ines Tak Kisah Dikritik, Dah ‘Aim’ Masuk Industri Sejak Kecil - “Ini Merupakan Satu Impian Saya…”
Penyanyi baharu, Tunku Ines akui sudah bersedia untuk menerima kritikan daripada netizen sejak melangkah masuk ke industri seni suara.
Jelas Ines atau nama lengkapnya Tunku Ines Najihah Raden, setiap orang boleh memberikan pandangan atau kritikan dan dia tidak boleh menghalang mereka unntuk terus bercakap.
“Saya sudah bersedia untuk menerima kritikan. Orang boleh bercakap apa sahaja yang mereka mahukan dan saya tidak bertanggungjawab setiap apa yang dikatakan oleh mereka,” kata Ines kepada Gempak.
Pada masa sama, pelantun lagu Andai ini juga berkata menjadi seorang penyanyi merupakan salah satu impiannya dari kecil.
Jelas puteri kesayangan Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja'afar dan Yang Mulia Tunku Datuk Seri Mimi Wahida Raden jika seseorang itu mahukan sesuatu mereka harus melakukan sebaiknya untuk mendapatkannya.
“Sejak kecil saya memang sudah minat menyanyi jadi ini merupakan satu impian saya. Menyanyi ini merupakan minat dan hobi saya, dan saya rasa kita kena lakukan apa yang kita minat dan target saya adalah untuk menjadi seorang penyanyi.
“Saya juga turut mendapat sokongan daripadaa keluarga saya,” katanya.
Radar merupakan ciptaan bersama komposer hebat iaitu Shazriq Azeman, Omar K dan Iqie Hugh.
Terdahulu, Tunku Ines pernah merakamkan single pertama berjudul Andai ciptaan Edry Abdul Halim, edaran Rocketfuel Entertainment.
Must-Watch Video