Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri membuat teguran secara terbuka kepada anak pelakon Normah Damanhuri, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM di Instagram.

Menurut Syed, tindakan Kak KM memperagakan tubuh badan untuk melariskan produk jualannya itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Kak KM bila lagi mahu kembali ke pangkal jalan? Netizen boleh nilai sendiri, antara nak jual produk atau nak jual maruah diri.

"Bukan setahun dua, tapi dah bertahun-tahun modus operandinya berniaga dengan memperagakan tubuh. Tak salah cari rezeki, namun yang salah adalah rezeki yang dicari dengan jalan yang terang-terang syarak tak benarkan," katanya menerusi satu posting di Instagram.

Kak KM bila lagi mahu kembali ke pangkal jalan? Netizen boleh nilai sendiri, antara nak jual produk atau nak jual maruah diri Ianya bukan setahun dua, tapi dah bertahun² modus operandinya berniaga dgn memperagakan tubuh Tak salah cari rezeki, namun yg salah adalah rezeki yg dicari dgn jalan yg terang² syarak tak benarkan Dulu pernah sy menegur dan rakan² lain turut menegur, namun tak jalan, bahkan makin menjadi² kerana mendapat sambutan dr netizen Sampai bilakah org yg bernama Kak KM ni nak sedar bahawa jalan yg dipilihnya adalah salah dari sisi agama, yg ambe pasti adalah selagi ada yg supportnya, maka selagi itu dia rasa, dia betul Banyak founder² produk kecantikan yg kaya raya namun masih patuh apa yg Islam perintahkan, tapi tidak kpd beliau Teguran ini bukan utk menyekat mata pencariannya bg mencari rezeki, tetapi utk menyadarkannya bahawa, byk lagi cara utk mengiklankan produk, bukan dgn cara memperagakan tubuh sendiri Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on


Menurut Syed lagi, teguran terbuka itu dibuat selepas mendapati segala nasihat yang diberikannnya bersama rakan-rakan sebelum ini tidak diendahkan.

"Dulu pernah saya menegur dan rakan-rakan lain turut menegur, namun tak jalan, bahkan makin menjadi-jadi kerana mendapat sambutan daripada netizen.

"Sampai bilakah orang yang bernama Kak KM ni nak sedar bahawa jalan yang dipilihnya adalah salah dari sisi agama, yang ambe pasti adalah selagi ada yang beri sokongan, maka selagi itu dia rasa, dia betul.

"Ramai pengasas produk kecantikan yang kaya raya namun masih patuh apa yang Islam perintahkan, tapi tidak kepada beliau," ujarnya.

Bahkan, katanya, teguran di Instagram yang dibuat itu adalah sebagai satu dasar tanggungjawab yang perlu dilakukannya dan tidak mempunyai niat untuk menutup rezeki individu tersebut.

"Teguran ini bukan untuk menyekat mata pencariannya bagi mencari rezeki, tetapi untuk menyedarkannya bahawa banyak lagi cara untuk mengiklankan produk, bukan dengan cara memperagakan tubuh sendiri," jelasnya.

Kak KM antara usahawan terkenal di Instagram dengan imej seksi dan sering melakukan 'gelagat-gelagat' yang mengundang perhatian netizen.

BACA: Netizen Lancar Kempen Boikot Keluarga Normah Damanhuri


Sebelum ini, Syed juga pernah mengkritik usahawan dan pelakon Zarina Anjoulie yang mendakwa dengan sengaja menayang kemesraan bersama teman lelaki di Instagram biarpun tiada ikatan yang sah.

BACA: "Takutlah Kepada Allah" - PU Syed Tegur Video-Video Mesra Zarina Anjoulie Dan Kekasih

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official) on


Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!