Kak KM Menangis Anak Nak Masuk Universiti - “Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?”
Usahawan sensasi Kak KM gagal menahan air mata kerana anak lelakinya Mohd Faris bakal melanjutkan pelajaran ke universiti tidak lama lagi.
Kak KM menangis
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli bersama suami dan anak lelakinya itu sedang menjamu selera di dapur rumah mereka.
@lianaroslikakkm
Walau bagaimanapun, Kak KM dilihat menangis mengenangkan Faris yang akan mendaftarkan diri sebagai mahasiswa pada hujung minggu ini.
“Hari Sabtu ni Faris dah masuk universiti. Aku tak tahu la apa nak jadi..Faris jaga diri tau.
Nanti kalau Faris lapar macam mana?Akan merindui mu anak,” ujarnya sebak.
BERITA TRENDING: Permintaan Drift Ditolak IshowSpeed,
BERITA TRENDING: Mata Lebam Bukan Sebab Dipukul Suami, Influencer
BERITA TRENDING: Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil
BERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memahami perasaan yang dialami oleh Kak KM dan turut berkongsi momen perpisahan bersama anak-anak mereka.
“Saya dulu malam-malam je menangis, faham sangat perasaan Kak KM.
“Saya macam saya, anak masuk ke politeknik macam-macam dalam fikiran. Selama ini 18 tahun anak depan mata.
“Inilah hati seorang ibu. Macam tu juga saya rasa sebelum anak masuk asrama, ibu yang gelabah,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, berlaku kekeliruan tentang keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak lelakinya itu.
Kak KM kemudian menjelaskan Faris mendapat 6A ketika mengambil slip keputusan di sekolah.
Namun, sebaliknya berlaku ketika menyemak secara di atas talian apabila memaparkan keputusan yang berbeza iaitu 3A 5B.
Usahawan itu juga telah menghadiahkan wang tunai RM10,000 dan sebuah kereta berjenama Mercedes Benz kepada anaknya selepas dikatakan memperoleh 6A dalam SPM.