Seorang penerima bantuan dikenali sebagai ‘Kak Wati’ mengakui berasa malu dan tertekan selepas kisah hidupnya tular gara-gara panggilan telefon dibuat seorang individu di sebuah stesen radio.

‘Kak Wati’ membuat pengakuan tersebut selepas dikunjungi Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 2 minit 15 saat itu, memaparkan ‘Kak Wati’ ditanya tentang kesahihan rakaman panggilan telefon seorang lelaki bersama stesen radio tersebut.

‘Kak Wati’ menafikan kenyataan tersebut dan berasa kesal kerana ada pihak sanggup mereka cerita mengenai keluarganya.

“Apa yang di viral tu semua tak betul sebab masa ‘Abang Din’ tu datang dia hantar bantuan, anak-anak akak terbaring bukan sebab tak makan tapi dorang tengah buat PdPR.

“Statement yang dia kata dia berlari ke kedai makanan untuk membeli makanan segera bagi kat anak-anak itu pun tak betul. Semua sekali tak betul,” katanya.

Kak Wati turut akui tertekan dan anak-anaknya berasa malu selepas panggilan telefon tersebut tersebar.



Video temuramah tersebut turut dikongsi Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid di laman sosial Twitter beliau.

Bagaimana pun, perkongsian itu telah pun dipadamkan daripada laman sosial terbabit.

Selain itu Mastura turut memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG), menyatakan Pejabat Parlimen Kuala Kangsar sangat mengalu-alukan penyampai maklumat daripada masyarakat bagi memastikan tiada pihak tertinggal dan terputus bekalan makanan.

A post shared by Datin Mastura Yazid (@masturayazid)


Dalam sebuah hantaran lain Mastura yang juga ibu mentua kepada pelakon popular Mira Filzah itu turut memohon maaf sekiranya ada pihak kurang senang dengan tindakan beliau memuat naik video temuramah bersama ‘Kak Wati’.

A post shared by Datin Mastura Yazid (@masturayazid)