Hiburan
Kaka Azraf Takut Bersenam Ketika Hamil, Tapi...
Program kesihatan wanita, Tanya Doktor Imelda telahpun memasuki episod kedua malam tadi.
Penyanyi Kaka Azraf diundang sebagai selebriti jemputan untuk sama-sama membincangkan topik kepentingan senaman ketika hamil.
Selain Kaka, Dr. Victor Selvarajah selaku Pensyarah Kanan Pusat Sukan dan Sains Eksesais Universiti Malaya turut diundang untuk memberi penerangan lanjut mengenai topik tersebut.
Menurut Kaka yang kini hamil enam bulan, dia berada dalam dilema untuk melakukan senaman sejak awal kehamilannya itu.
“Saya memang aktif sebelum hamil, tapi sejak hamil, saya akui mengalami dilema untuk bersenam.
“Saya kurang keyakinan untuk melakukan senaman, namun selepas mendengar penerangan dalam program ini, saya sudah yakin untuk bersenam selepas ini,” katanya dalam program tersebut.
Tanya Doktor Imelda dihoskan oleh Lisa Surihani dan menampilkan seorang pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin dan beberapa tetamu undangan setiap minggu.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai kesihatan wanita dalam Tanya Dr. Imelda yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD(121).
Anda juga boleh menonton program ini dimana-mana sahaja pada waktu yang sama menerusi tiga platform Gempak iaitu Facebook, YouTube dan portal rasmi www.gempak.com.
Must-Watch Video