Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kaka Azraff ‘Dimalukan’ Oleh Penyokong Zionis Sebab Support Palestin? Tapi Ada Netizen Malaysia Salahkan Kaka Sebab…

Izwan Isa
02/12/2023 01:55 MYT
Nama penyanyi dan pelakon Kaka Azraff tiba-tiba menjadi bualan selepas beberapa informasi mengenai dirinya dipaparkan di sebuah akaun Instagram dipercayai milik penyokong zionis.

BERITA TRENDING: Cuba Jadi Batu Api Malaysia-Singapura, Ini Respons Netizen Malaysia Terhadap Zionis - “Kitorang Bergaduh..."

Menerusi perkongsian tersebut, nama Kaka dilihat dipermainkan selain Warner Music Malaysia, label muzik di mana Kaka bernaung turut dihenyak dengan permintaan supaya memutuskan hubungan dengannya.



Dalam masa sama, akaun tersebut berkongsi DM yang dikirim oleh Kaka terhadap seorang pelakon Australia, Nathaniel Buzolic yang pernah viral sebelum ini kerana menyatakan sokongan 100 peratus terhadap Israel.

Bagaimanapun, akaun terbabit telah mengehadkan kebolehan untuk meninggalkan komen hanya kepada pengikut sahaja.



Meninjau platform X, rata-rata menzahirkan sokongan terhadap Kaka dan mengkritik tindakan kelompok itu di media sosial.



Namun, ada juga yang berpendapat, Kaka tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai tragedi yang melibatkan diktator Hilter dan golongan Yahudi suatu ketika dahulu.

#Kaka Azraff