Hiburan
Kaka Azraff Kongsi Petikan Ayat Tentang Lelaki Bertanggungjawab - "Kahwinilah Lelaki Yang Boleh ..."
Penyanyi Kaka Azraff sempat memuat naik petikan ayat di Instagramnya mengenai ciri-ciri lelaki yang patut dijadikan suami oleh seorang wanita.
Biarpun telah dipadamkan, petikan terbabit menyatakan tentang perihal lelaki yang tahu tanggungjawab sebagai suami.
“Kahwinilah seorang lelaki yang boleh memberikan segalanya kepada kita. Seorang yang tahu tentang maksud tanggungjawab. Bila dia tahu akan tanggungjawab, dia seolah-olah akan memastikan gunung-ganang bergerak supaya dapat memenuhi keperluan isteri.
“Lelaki yang bertanggungjawab adalah lebih bagus berbanding lelaki yang kaya tapi tidak tahu menghargai seorang wanita,” kata dari petikan yang dikongsi oleh Kaka.
Terdahulu, perkahwinan Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff dikatakan telah menemui titik noktah apabila mereka didakwa telah bercerai talak satu baru-baru ini.
Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
BERITA TRENDING: Momen Anak Angkat Istimewa Hulur Air Buat Erma Fatima Sentuh Hati Ramai, Umie Aida; "Ada Sesuatu Yang Terbuku Di Hati Citra"
BERITA TRENDING: 7 Tahun Berehat, G-Dragon Pilih Rakam Lagu Dengan Syarikat Milik Produser Muzik Palestin! - "Comeback Paling Dinanti-Nantikan"
BERITA TRENDING: Vivy Yusof & Fadzaruddin Mohon Maaf, Letak Jawatan Dalam FashionValet
BERITA TRENDING: "Masalah Saya Sekarang Ni ..." - Sara Ali Masuk Kelas Lakonan Demi Filem Bisikan Dosa
Must-Watch Video