Hiburan
Momen Anak Angkat Istimewa Hulur Air Buat Erma Fatima Sentuh Hati Ramai, Umie Aida; "Ada Sesuatu Yang Terbuku Di Hati Citra"
Pelakon Umie Aida berkongsi video podcast bersama anak saudaranya, Citra, yang merupakan anak kepada kakaknya, Erma Fatima.
Video berdurasi dua minit 49 saat itu menunjukkan Umie cuba berborak santai dengan Citra, namun suasana menjadi sebak apabila anak istimewa tersebut terasa sedih mengenangkan ibunya yang sedang bekerja keras.
“Podcast santai bersama Citra. Mula-mula borak tentang impian Citra. Tiba-tiba bila sebut bab mama (Erma Fatima), Citra terus sedih.
“Ada sesuatu yang terbuku dalam hati Citra untuk luahkan pada mamanya. Citra kena sentiasa ingat, mama sayang Citra dan anak-anak mama semua. Mama kerja siang malam untuk kalian semua,” katanya melalui kapsyen yang dibuat menerusi video di TikTok.
Video tersebut turut memaparkan Citra cuba memberikan sebotol air mineral kepada ibunya yang sedang bekerja, mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh dengan gelagat anak istimewa itu serta memuji cara Erma Fatima membesarkan anaknya.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 400,40 ribu tontonan dan 18,600 ribu butang suka.
BERITA TRENDING: “Nenek Tua Ini Menyeramkan” - Aleeya Zailan Kongsi Pengalaman Keluarga Diekori Nenek di Pusat Beli-Belah
BERITA TRENDING: Mohon Ruang, Kaka Azraff Tampil Bersuara Selepas Didakwa Sudah Bercerai - “Maaf Sekiranya Saya & Adam Tak Dapat…”
BERITA TRENDING: Uqasha Senrose Tak Melatah Rumah Tangga Didakwa Bergolak - "Dalam Perkahwinan Ada Pasang Surut, Kita Ni Manusia"
BERITA TRENDING: Tular Video Di TikTok, Zubir Khan Jawab Dakwaan Sudah Berkahwin
Must-Watch Video