Penyanyi Kaka Azraff telah selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihannya Adam Azriff, seorang usahawan pada hari Jumaat, 14 Disember 2018 jam 9.53 malam di kediaman keluarganya di Klang, Selangor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup.

Baca: Kaka Azraff Bakal Nikah Hari Ini?

Baca: Kaka Azraff Selamat Bertunang Dengan Usahawan Kacak, Bakal Adakan Majlis Bulan Ini?


Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media daripada pihak Warner Music Malaysia.

Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka sendiri, Nor Izam Aminuddin manakala mas kahwinnya bernilai RM 300.

Majlis akad nikah yang serba sederhana itu dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat rapat kedua-dua belah pihak.

Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun mengenakan busana kebaya putih disamping suami yang nampak segak dalam persalinan serba putih.

Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka kepada Allah S.W.T. dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu dan ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka ini.

Bagi meraikan cinta pasangan mempelai ini bersama pihak media dan peminat, sebuah majlis resepsi persandingan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.