Kaka Azraff Terkilan Tak Sempat Jumpa Arwah Nenek, Imbas Kenangan Ikut Pergi Kelas Marhaban – “Hari-Hari Cakap Rindu… Tapi Busy”

Amri Hassan
Mac 13, 2021 03:55 MYT
Penyanyi Kaka Azraff mengakui terkilan apabila tidak berkesempatan untuk bertemu dengan arwah neneknya, Yang Asmah Long, 92, yang menghembuskan nafas terakhir pada Khamis lalu.
Kata Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff dia sepatutnya mahu menziarahi neneknya selepas selesai malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 yang berlangsung pada malam, Ahad nanti.
"Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Uwan untuk bertemu dengan penciptaNya. Sangat tenang. Kaka masih terkejut, sebab Kaka tak sempat jumpa Uwan. Hari-hari cakap rindu, tapi Kaka busy, tak sempat.
"Ingat lepas AJL nak jumpa Uwan, tapi Uwan pergi dulu pada hari Isra Mikraj. Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosanya. Kau tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman. Insya-Allah, kami akan menyusul nanti. Al-Fatihah," katanya.
Mengimbas semula kenangan bersama arwah nenek, kongsi Kaka mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat sejak kecil dan sentiasa mengikut ke mana sahaja neneknya yang mesra disapa sebagai Uwan.
"Gambar kenangan Uwan bersama sahabat baiknya. Masa kecil, Kaka akan ikut ke mana saja Uwan pergi. Marhaban, kelas agama, kenduri kahwin, tahlil, terawih, jalan-jalan petang semua Kaka ikut.
"Bila Kaka dah besar, Kaka busy sikit. Bila melawat Uwan, dia mesti ajak tidur dengan dia. Kenangan terindah Kaka bersama Uwan. Seorang nenek yang perfect! Sebab Arwah seorang perfectionist.
"Rumah tak pernah tak ada makanan. Bila orang datang, mesti jamu makanan. Mesti suruh orang makan. Siapa kenal mak cik Yang, mereka tahu Insya-Allah," kongsi Kaka.
Allahyarham juga merupakan ibu kepada ratu rock Malaysia iaitu Ella yang turut berkongsi berita sedih itu di laman Instagram miliknya.
BACA: Ibu Ella Aminuddin Meninggal Dunia
Menurut Ella, arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediamannya yang terletak di Teluk Gadong, Klang pada awal pagi Khamis.
"Ingat lepas AJL nak jumpa Uwan, tapi Uwan pergi dulu pada hari Isra Mikraj. Ya Allah, kau ampunkanlah segala dosanya. Kau tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman. Insya-Allah, kami akan menyusul nanti. Al-Fatihah," katanya.
#pelakon #Penyanyi #Ella #Meninggal Dunia #Kaka Azraff #Nenek #Kenangan