Pelakon Ezzaty Abdullah mengakui terkejut apabila ada kelibat menumpang dalam foto yang dikongsikan menerusi Insta Story, ketika berada di rumahnya.
Menurut Ezzaty, dia mula perasan ada sesuatu yang menumpang di belakangnya selepas peminatnya memberitahu dan perkara itu membuatkan dirinya berasa takut ketika berada di rumah.
"Semasa kejadian saya dengan Harum Dahlia sedang tunggu Azwan untuk sambut hari jadinya ketika waktu Maghrib.
"Saya pun ambil gambar dan buat video untuk dimuat naik di Instagram stories. Tak sangka pula gamabar dan video yang saya kongsikan itu ada sesuatu yang menumpang di belakang.
"Selepas itu ada seoarnag budak Direct Message saya kata kakak ada benda la dekat belakang tu. Saya terus melihat gambar itu dan jadi takut.
"Perkara itu membuatkan saya berasa takut ketika berada di rumah, jadi setiap kali saya ingin pergi kemana-mana pastinya akan menyuruh Azwan temankan kerana takut.
"Selepas kejadian itu kami ada memanggil beberapa orang ustaz datang ke rumah untuk memeriksa persekitaran rumah," katanya kepada Gempak.
Izzaty berkata demikian ketika ditemui pada majlis hari jadi anaknya, Harum Dahlia di De'Laman Event Space, Shah Alam, pada Rabu.
Ezzaty dan suaminya, Azwan Kombos telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2016.