“Kakak Terpaksa Ambil Cuti 4 Bulan Untuk Menjaga Saya”- Ardell Aryana

Syafiqah Jalal
Ogos 15, 2018 07:11 MYT
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin yang kini dikhabarkan menghidap kanser itu memberitahu kakaknya bimbang dengan keadaanya dan sentiasa menemaninya ke mana sahaja.
"Saya punya kakak kandung sendiri terpaksa ambil cuti empat bulan di tempat kerja di hospitalnya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah.
"Dia bawa saya ke sana ke mari bekerja, menjahit, memasak... Saya ok je, bukannya sakit apa sangat tapi akak risau. Saya masih ada kaki untuk berjalan ok," beritahu Ardell.
Ardell mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya selepas menjawab beberapa soalan yang ditujukan kepadanya menerusi mesej peribadi dan emel.
Selain itu, Ardell turut memberitahu keadaan kesihatannya kini dan ia tidak seteruk seperti yang disangka.
"Ajal maut bukan di tangan kita, bukan sebab penyakit je boleh meninggal, orang sihat pun boleh meninggal, sakit biasa-biasa pun boleh meninggal.
"Janganlah tanya soalan macam ini. Saya tak nazak, soalan adik yang nazak sangat akak baca. Pandai-pandai je cakap hidup tak lama," tulisnya lagi.
Ardell telah menjawab lima soalan kesemuanya yang rata-rata bertanya mengenai kehidupan, kesihatan dan jodohnya.
Terdahulu, Ardell pernah menimbulkan spekulasi apabila dikatakan menderita kanser tahap tiga.
#pelakon #Ardell Aryana #Pelakon #Kanser #Ardell