“Kaki Kejang Enam Kali, Sakit Hanya Tuhan Yang Tahu”- Ammar Alfian

Mya Amri
November 21, 2018 04:06 MYT
Pelakon filem PASKAL, Ammar Alfian menceritakan pengalaman ketika menyertai Kejohanan Ironman Langkawi 70.3 yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Ammar, dia mula mengalami kesukaran dan hampir berputus asa selepas kekejangan otot di bahagian kaki sebanyak enam kali.
Ammar berkongsi pengalamannya menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya.
“Saya mengalami kekejangan otot kaki sebanyak enam kali. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.
“Pada mulanya terlintas difikiran untuk berputus asa tetapi saya teringat kembali penyebab kenapa saya mahu lakukan cabaran ini.
“Saya mahu mencabar diri sendiri dengan hanya menjalani latihan selama lima bulan.
“Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan perlumbaan ini walaupun tidak menang. Peluang menyertai perlumbaan ini memberikan satu pengalaman berbeza.
“Terima kasih kepada anda yang memberikan sokongan kepada saya,” tulisnya.
Selain Ammar, selebriti lain yang turut menyertai kejohanan itu adalah Hairul Azreen dan Alif Satar
Foto: Instagram @ammar_alfian
#pelakon #Ammar Alfian #Pelakon #Ironman Langkawi 70.3