Deq Nor atau nama sebenarnya Nor Intan Zanariah Zaharin menerusi Instagram turut mencabar lelaki berkenaan untuk bersemuka dengannya.
"G*y wanna try my son? Huh meh jumpa mak dia dulu. Kaki lama tak tendang orang nih!
"Rimau pun lama tak keluar dari badan nih. Jangan mati pucuk sudah ya g*y," tulisnya menerusi Instagram Stories baru-baru ini.

Paparan skrin tersebut dikirimkan oleh seorang pengguna kepada Gempak.
Deq Nor pernah menyertai kumpulan pop wanita Feminin sekitar awal 1990-an namun memilih untuk mengundurkan diri demi memberikan fokus kepada keluarga setahun sebelum kumpulan terbabit dibubarkan.
Difahamkan, Deq Nor kini yang menetap di Kuala Lumpur dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.


