Baru-baru ini, kecoh dalam kalangan peminat apabila seorang individu yang didakwa sebagai seorang kakitangan di Kementerian Luar Negeri di Korea Selatan didapati cuba untuk menjual sebuah topi yang pernah dipakai oleh anggota kumpulan BTS, Jungkook.

Difahamkan topi Kangol tersebut dijual di sebuah diplatform jual beli online pada harga 10 juta Won (RM33,000).

Individu terbabit turut menunjukkan bukti yang dia merupakan seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Kementerian Luar Negeri di sana.

Individu itu menjelaskan, Jungkook tertinggal topi tersebut ketika BTS hadir ke bahagian permohonan pasport pada tahun lalu.

Menurutnya, tiada panggilan telefon mahupun kehadiran semula bagi menuntut topi yang tertinggal itu selepas tempoh enam bulan. Jadi, individu yang menjumpai oleh menyimpan item berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi laporan Allkpop, pihak polis telah pun mengesahkan topi yang ingin dijual itu milik Jungkook dan individu yang cuba menjual topi berkenaan telah didakwa.

Kehilangan topi itu juga turut disahkan oleh syarikat tempat BTS bernaung, HYBE Entertainment.

Pihak polis menjelaskan: "Kami mendakwa A (gelaran untuk individu yang didakwa) atas kesalahan menggelapkan barang hilang. Kami telah membuat penyiasatan dan A telah mengakui terhadap dakwaan yang dikenakan.

“Kami akan terus meneliti asas undang-undang jika perlu, kami akan mendakwa dia dengan pertuduhan penyelewengan ketika sedang bekerja," katanya.

A menyerahkan diri kepada polis pada 19 Oktober selepas hantaran untuk menjual topi milik Jungkook itu mencetuskan kontroversi serta menuai banyak kritikan.

Menerusi deskripsi hantaran penjualan yang telah dipadam, individu tersebut menulis: “Ini adalah topi bucket Kangol yang Jungkook pakai. Ia dalam keadaan yang sangat boleh digunakan.

“Item ini adalah sesuatu yang tidak ternilai yang anda tidak boleh dapatkan dengan wang. Dia seorang penyanyi terkenal di seluruh dunia, jadi saya meramalkan bahawa nilainya akan meningkat,” tulis deskripsi itu.

Sumber: Allkpop 1 & 2

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!