Semuanya telah terbongkar! Episod enam Gossip Girl Indonesia ditayangkan malam tadi akhirnya merungkai segala drama yang berlaku dalam kehidupan remaja ‘elite’ Jakarta.

Bermula dengan kemunculan watak Vanessa hinggalah kejadian ‘balas dendam’ Jenny kepada Chicco. Semua berlaku dalam satu episod!

Pada minit terawal, Serena kelihatan tidak senang dengan sikap Danny yang menipu tentang kehadiran Vanessa.

Namun, siapa sangka, Danny akhirnya membuat keputusan paling hebat dalam hidupnya apabila meluahkan siapakah yang benar-benar berjaya memikat hatinya.

Serena atau Vanessa? Anda perlu tonton!

Bagi kisah antara Jenny dan Chicco pula, parti topeng yang dihadiri mereka bertukar satu tragedi malang buat Chicco apabila dia terpaksa pulang tanpa sebarang baju dan seluar. Hanya boxer guys!

Nampak gayanya ‘devil’ Chicco telah kecundang dengan bidadari Jenny.

Jika anda terlepas, sila tonton episod enam yang ditayangkan di On Demand.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.