,
Hiburan

Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

Maliah Surip
06/07/2024
13:30 MYT
Pesta mewah menuju perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant kembali berlangsung.
Kali ini anak kepada pasangan lelaki paling kaya di Asia, Mukesh Ambani melangsungkan satu lagi sambutan luar biasa apabila menerbangkan penyanyi sensasi Justin Bieber ke India untuk melakukan persembahan pada majlis pra perkahwinan anak kesayangannya.
Rangkaian video dan foto kehadiran Bieber ke Mumbai telah membanjiri platform media massa tempatan termasuk saat diri penyanyi Kanada itu dikawal ketat daripada lapangan terbang sehingga waktu berangkat pulang dari India.
Foto dan video Bieber menghiburkan tetamu pada majlis eksklusif yang sudah berubah seperti konsert itu juga turut tersebar di media sosial.
Suami kepada Hailey Bieber itu antaranya dilihat mendendangkan lagu-lagu hitnya termasuk Baby dan Peaches pada 5 Julai.
Menariknya, Bieber didakwa menerima bayaran yang cukup lumayan untuk menghiburkan bakal pengantin yang akan berkahwin pada 12 Julai ini.
Bintang berusia 30 tahun itu dilaporkan menerima bayaran sebesar RM47 juta untuk datang ke India setelah tujuh tahun tidak melakukan konsert di negara tersebut.
Bayaran sebesar RM47 juta itu juga didakwa lebih tinggi daripada jumlah yang dikenakan saat Ambani membawa Rihanna dalam salah satu siri majlis menuju perkahwinan anak lelakinya itu beberapa bulan lalu.
Rihanna sebelum ini dilaporkan menerima bayaran sekitar RM42 juta manakala Beyonce dibayar sekitar RM19 juta.

BERITA TRENDING: Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia

BERITA TRENDING: Rihanna Dibayar RM38 Juta Hiburkan Tetamu Pra Perkahwinan Individu Terkaya India

BERITA TRENDING: Pasangan Kaya India Rai Pra Perkahwinan 3 Hari, Rihanna Buat Show, Bill Gates & Mark Zuckerberg Antara Tetamu

BERITA TRENDING: Anak Kedua Baru 10 Bulan, Rihanna Jawab Spekulasi Hamil Lagi: “Saya Akan Anxiety”

Pada Mei lalu, keluarga berpengaruh itu juga mengikuti pelayaran tiga hari dari Itali ke Perancis, dengan dihiburkan persembahan DJ ternama David Guetta, selain penyanyi Katy Perry serta Pitbull.
Perkahwinan Anant, 29, dengan Radhika Merchant pada 12 Julai 2024 dijangka akan menjadi wedding of the year.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Unitar