,
Hiburan

Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia

Maliah Surip
01/06/2024
14:55 MYT
Anant Ambani, 28, hanya akan berkahwin dengan kekasih, Radhika Merchant, 29, pada 12 Julai 2024.
Namun sejak Mac tahun ini, anak bongsu individu terkaya Asia bernama Mukesh Ambani sudah pun diraikan dengan siri majlis mewah yang disertai oleh figura dan tokoh dari seluruh dunia.

BERITA TRENDING: Rihanna Dibayar RM38 Juta Hiburkan Tetamu Pra Perkahwinan Individu Terkaya India

Jika pada Mac Rihanna dijemput menghiburkan tetamu pada majlis pra perkahwinan pertama, kini giliran Katy Perry membuat persembahan kepada jemputan pada acara pra perkahwinan kedua yang serba mewah.
Majlis pra perkahwinan kedua pasangan tersebut diadakan di atas kapal mewah selama empat hari dengan pelayaran bermula dari Palermo di Itali menuju Selatan Perancis dan berpatah balik, lapor Time of India.

Perry pula menghiburkan 800 tetamu termasuk bintang terkenal Bollywood seperti Ranveer Singh, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt, Ananya Panday, Sidharth Malhotra, Kiara Advani, Sara Ali Khan, Ibrahim Ali Khan, Janhvi Kapoor, dan Karisma Kapoor yang dibawa dalam pelayaran tersebut saat berlabuh di Cannes.

Fireworks

Meski tetamu dilarang merakam sebarang gambar dan video, satu video Perry sedang mendendangkan lagu Fireworks yang dipercayai dirakamkan pada majlis tersebut telah tersebar di platform X.
Selain Perry dan Rihanna, Ambani juga pernah menerbangkan Beyonce membuat persembahan di salah satu majlis perkahwinan anaknya pada tahun 2018.
Ketiga-tiga penyanyi terkenal itu dipercayai menerima bayaran sehingga puluhan juta ringgit untuk persembahan eksklusif dan tertutup yang dibuat.

BERITA TRENDING: Pasangan Kaya India Rai Pra Perkahwinan 3 Hari, Rihanna Buat Show, Bill Gates & Mark Zuckerberg Antara Tetamu

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lebih Tua Daripada Bapa Mentua, Lelaki Kahwini Wanita Beza Umur 30 Tahun Tarik Perhatian Netizen

gempak
26/09/2024
02:25 MYT
Seorang lelaki berusia 59 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 26 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews.
Bollywood

Udit Narayan Terima Bayaran Cecah 7 Angka Jayakan Konsert Di Kuala Lumpur

gempak
24/09/2024
13:25 MYT
Penyanyi Bollywood terkenal Udit Narayan menerima bayaran mencecah jutaan ringgit bagi Konsert Udit Narayan Live in Kuala Lumpur, Disember depan.
Hiburan

Azhar Sulaiman Sokong Kalau Leona Kahwin Muda, Hanya Harap Bakal Menantu Ada Sijil Dalam Bidang Akademik

gempak
23/09/2024
13:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman menyatakan dia menyokong seandainya anak perempuannya, Kasih Iris Leona mahu mendirikan rumah tangga pada tahun depan.
Bollywood

Shilpa Shetty Tolak Wakili Produk Tidak Sihat: “Kesihatan Adalah Anugerah”

gempak
22/09/2024
14:46 MYT
Menjadi aktres terkenal, Shilpa Shetty memiliki kelebihan untuk dipilih mewakili sesuatu produk yang dipasarkan.
Hiburan

Kongsi Foto Akad Nikah Dengan Hazwani Helmi, Peminat Hampir Percaya Hariz Hamdan Kahwin - “Bukan Nak Raih Perhatian Tapi…”

gempak
21/09/2024
00:55 MYT
Perkongsian beberapa keping foto memperlihatkan pelakon Hariz Hamdan seperti melangsungkan acara akad nikah dengan akres Hazwani Helmi di Instagram mengundang pelbagai reaksi netizen.
BorakSeeni