Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Kalau Ada Jodoh Apa Salahnya .." - Peminat Restu Hubungan Cinta Ariff Aziz Dengan Gadis Poland

Zulaikha Yusof 24/02/2020 | 23:54 MYT
Bekas suami penerbit Datuk A. Aida, Ariff Aziz telah memuat naik beberapa foto mesra bersama seorang gadis dari Poland di Instagram (IG)nya baru-baru ini.
Ariff, 31, menulis ayat-ayat cinta di ruangan kapsyen yang ditujukan kepada gadis terbabit yang dikenali sebagai Monika Tereba.
"Bahagia, sakit, jarak, dekat.. Bertemu dengan awak adalah nasib, menjadi kawan awak adalah pilihan, tetapi jatuh cinta dengan awak, saya tidak mampu untuk mengawal," tulisnya.

Fun,sick,distance,near... “Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you I had no control over.”

A post shared by AriffAziz7 (@ariffaziz7) on

Entri itu mendapat usikan peminatnya yang menyukai dengan pilihan baharu Ariff malah mendoakan semoga kekal bersama.
"Kalau ada jodoh apa salahnya. Cuma pastikan didikan agama buat bakal isteri tu. Semoga kekal sebagai suami dan isteri.
"Kahwin jemput nanti. Moga dipermudahkan segalanya amin.. Moga jodoh kali ni hingga ke Jannah bro.
"Wow. Semoga terus bersatu hingga ke jinjang pelamin," antara komen-komen netizen.
Ariff dan A. Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 50, telah mendirikan rumah tangga pada 21 Julai 2018 namun bercerai selepas sembilan bulan bersama.
#pelakon #Pelakon #Ariff Aziz
;