Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Kalau Ada Masalah Keluarga..Bukan Mengadu Ke Youtuber" - Sharifah Sakinah Titip Pesanan

ZULHILMI JALIL 21/02/2020 | 03:48 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang bentuk aduan sekiranya berdepan masalah kepada mereka yang bergelar pengendali laman sosial Youtube atau lebih dikenali sebagai Youtuber.
Sakinah, 31, berkata, sebarang masalah sepatutnya disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab dengan menggunakan platform yang betul.
"Tolonglah, kalau kita mempunyai masalah kewangan ke, masalah keluarga ke, laki pukul ke, kena pukau ke, kena scam ke, tolong buat aduan kat plaform yang sebetulnya.
"Kalau kena rompak atau sebagainya, kita lapor ke polis, bukan lapor ke Youtuber. Saya ulang YOUTUBER," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Baru lepas kena pukul dengan laki , nak post ig . Heehee tipu ? People please. If we have financial problem ke, family problem ke, laki pukul ke, kene pukau ke, kena scam ke please please buat aduan at the PROPER platform. If we got robbed or something we go to the police, bukan report to youtuber, I repeat YOUTUBER. Or you can find the relevant NGO that can offer support or counselling. I understand some people dont have the knowledge on where to reach for help. You can check out my IG stories for Malaysia's NGO or the non-NGO pun ada. So please ya, find help at tempat yang sepatutnya. Platform youtube ni lagi menambahkan fitnah dan salah faham.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Katanya lagi, antara pilihan lain yang boleh digunakan termasuklah khidmat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersesuai untuk menyalurkan sebarang aduan.
"Saya faham sesetengah orang tidak mempunyai pengetahuan ke mana mereka perlu minta tolong.
"Anda boleh tengok IG Story saya untuk NGO Malaysia dan yang bukan NGO pun ada. Jadi, tolong ya, cari bantuan di tempat yang sepatutnya.
"Platform Youtube ini lagi menambahkan fitnah dan salah faham," pesannya.
Biarpun tidak menyebut kepada mana-mana insiden, namun perkongsian tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan kontroversi yang membabitkan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan pelawak Ali.
BACA: “Saya Cabar Dia Bersemuka Dengan Saya” – Ali Puteh Terkilan, Tindakan Aliff Syukri Guris Hati Ibu
Bahkan, dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut mengaitkan posting tersebut dengan isu yang sedang hangat diperkatakan umum itu.
"Tapi kasihan kat dia kak. Kalau tak sebab tu, orang tak tahu pun pasal ni, orang lurus ni lain Kak Kinah, tapi tak memasal dibintangkan orang.
"Dah tengok dua-dua belah pihak baru fikir nak tulis apa," tulis sebahagian netizen.
Terdahulu, Aliff yang juga seorang Youtuber menyiarkan rakaman video yang menyentuh isu harta peninggalan arwah Abam ketika bertandang ke rumah balunya, Nor Hidayah Mohd Ali.
BACA: "Kalau Nak Bincang Baik-Baik Saya Okay” - Aliff Syukri Tak Ada Masalah Bersemuka Dengan Ali Puteh
#pelakon #Sharifah Sakinah #Pelakon
;