Hiburan

“Kalau Ada Rezeki Memiliki Anak, Kami Tak Tolak” – Emma Maembong & Suami Rancang Zuriat

gempak
Azwa Rahman
10/03/2020
10:08 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Ada Rezeki Memiliki Anak, Kami Tak Tolak” – Emma Maembong & Suami Rancang Zuriat
Pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar menyerahkan soal memiliki cahaya mata sepenuhnya kepada Allah SWT.
Menurut Emma dan Shazli, mereka terbuka untuk memiliki zuriat dalam masa terdekat namun tidak mahu ada sikap berlumba-lumba.
“Niat untuk memiliki zuriat tu semestinya ada tapi kami menyerahkannya pada Allah SWT. Kalau ada rezeki, ada la.
“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran kerana kami tak rushing pun, Nak terkejar-kejar, berlumba dengan kawan-kawan siapa dapat anak dulu, tak ada,” ujar Emma.
Emma dan Shazli ditemui selepas majlis persandingan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya pada Sabtu.
Menurut Emma lagi, dia akan berlatih untuk menjadi isteri yang terbaik buat suaminya.
“Lepas ni bangun pagi tak boleh terus keluar rumah, kena siapkan sarapan untuk suami, balik pun tak boleh terus tidur kena jumpa suami dulu, jadi saya akan cuba jadi isteri yang terbaik,” ujar Emma lagi.
Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live