"Kalau Akil Baligh, Darjah Empat Pun Boleh Kahwin, Haaa Tepuk" - Sharifah Sakinah

Rozaimi Zubaidi
September 25, 2018 05:26 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesal terhadap cadangan untuk menurunkan had umur perkawhinan kanak-kanak di bawah umur.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sakinah dilihat seolah-olah menyindir cadangan yang diberikan menerusi ruangan kapsyen.
"Young people are fired up to make a change!
"Ok lahh tu kalau akil baligh darjah empat pun boleh kahwin. Haaa tepuk,” tulisnya.
Ternyata rata-rata peminat bersetuju dengan Sakinah dan berharap agar pihak berwajib dapat mempertimbangkan semula cadangan yang diusulkan sebelum ini.
Sebelum ini, ada cadangan daripada Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar yang mahu had umur minimum perkahwinan diturunkan kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki atas alasan anak-anak sekarang terdedah kepada seks lebih awal.
#pelakon #Sharifah Sakinah #Pelakon