Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Kalau Ampa Nak Mengutuk Akak, Sebut Paejah Je Lah" - Faezah Elai Minta Jangan Babitkan Nama Bapa

ZULHILMI JALIL 16/04/2020 | 02:48 MYT
Pelakon Faezah Elai meminta netizen untuk tidak menggunakan nama bapanya, Elai ketika meninggalkan komen-komen negatif di plafform media sosial miliknya.
Teguran itu dibuat Faezah atau nama sebenarnya, Noorfaezah Md Elai, 38, selepas mendakwa terdapat pihak yang memanggilnya dengan panggilan 'Elai' ketika mengecamnya.
"Nak habaq kat ampa, nama akak, Noorfaezah...Elai ialah nama bapa saya. Jadi, kalau ampa nak mengutuk akak, sebut Paejah (Faezah) je lah..bukan Elai.
"Kasihan pak akak tercekik ampa dok sebut nama dia sebab baru-baru ni, ada ternampak haters dok mengutuk akak, tapi dia tulis, si Elai," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam posting tersebut, Faezah turut memuat naik foto gambar bapanya untuk diperkenalkan kepada umum mengenai si empunya badan yang bernama Elai.

Nk habaq kt ampa.. nama hakak Noorfaezah.. Elai is my father’s name.. So klu ampa nk mengutuk hakak,sebut paejah ja lah.. bukan Elai.. kesian pak hakak tercekik ampa dok sebut nama dia.. . Sbb baru ni ada ternampak haters dok mengutuk hakak,tp dia tulih,si Elai.. nk kutuk hakak tu lantak kt hang lah.. cuma nk kutuk tu biaq lah org yg betoi.. Elai tkdak kena mengena dlm hal yg ampa tk puas hati sgt tu.. so paham na.. ? . P/S : haaa tu Gambaq Pak Kpd Paejah.. . #Elaifamily #elaitubapakhakak #mydad #tb #throwback #lovelovelove

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Pada masa sama, kata Faezah, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu mengutuknya, namun jangan membabitkan nama bapanya.
"Nak kutuk akak tu lantak kat hang lah. Cuma, nak kutuk tu biarlah orang yang betul. Elai tak ada kena mengena dalam hal yang ampa tak puas hati sangat tu, jadi faham na..," ujar Faezah.
Perkongsian Faezah itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
"Yang suka panggil nama bapa orang ni, zaman tu dah berlalu lah dik oii..Ini mesti budak-budak baru nak up sampai tahun 2020 pun tak sedar lagi.
"Kurang ajar orang yang kutuk-kutuk pak orang lain. Dah tua pun bodoh. Ingat dulu zaman sekolah, suka sangat masing-masing ejek nama pak sesiapa yang nama lain sikit," tulis sebahagian netizen.
Dalam pada itu, saksikan drama lakonan Faezah Elai di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#pelakon #Faezah Elai #Pelakon #Bapa
;