Suami pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob berkongsi momen manisnya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi apabila berjaya menangkap bola yang disepak Safawi Rasid ke arah penonton.

Buah tangan istimewa itu sempat dirakamkan sendiri oleh isterinya yang berada disebelahnya.

Raf pada mulanya berdiri bagi memberikan penghormatan kepada skuad Harimau Malaya yang berarak masuk ke padang sebelum sepak mula.

Rezeki anak bak kata Raf, bola untuk giveaway fans dari Safawi Rasid malam tadi menjadi miliknya!

"Pawi oh Pawi! 90,000 orang kat stadium, macam mana bola yang awak sepak for giveaway to fans boleh sampai ke tangan Raf?

"Suratan atau kebetlan? Rezeki baby Raden ni. Thanks Safawi Rasid. Good goal tadi. World class! Great comeback," pujinya.

Pawi oh pawiiiiiii... 90,000 orang kat Stadium tadi, macam mana bola yang awak sepak for giveaway to fans boleh sampai kat tangan Raf?! Suratan atau kebetulan? Rezeki baby Raden ni. Thanks @safawirasid29. Good goal tadi. World class! Great comeback. Congrats to you and team ??. See you soon Pawi ? • Thanks Anje capture this priceless moment. I’m still puzzled macam mana bole tergerak hati nak record this moment ❤️

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on


Entri itu mendapat respons daripada Safawi sendiri yang turut terkejut apabila bola yang disepaknya menjadi milik Raf.

Menyifatkan bola itu tuah anak yang bakal dilahirkan kelak, Raf meletakkan impian agar anaknya kelak menjadi hebat setanding Safawi.

"Anak abang kalau boy jadi footballer and kidal macam Pawi ni. Insya-Allah. Amin," tulis Raf.

Pada perlawanan akhir pertama Malaysia menentang Vietnam malam tadi, Safawi menggembirakan penyokong yang hadir apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan luar kotak penalti menjadikan keputusan seri 2-2.