Hiburan
“Kalau Bawa Mereka Live Dekat Depan, Tengok Boleh Buat Ke Tak” – Farah Nabilah Tak Kisah Dikritik Jadi Hos MeleTOP
Pelakon, Farah Nabilah akui gementar ketika menjadi hos program MeleTOP bagi menggantikan Neelofa yang sedang bercuti semalam.
Kata Farah, dia tidak kisah mengenai kritikan sebaliknya pengalaman yang dirasai itu lebih berharga.
“Memang gementar sebab tidak ada latihan yang dilakukan sebelum bersiaran langsung. Saya pelakon, dah biasa ikut cue card, jadi bila hosting rupanya lebih kepada spontan.
“Jujur katakan saya agak takut juga sebab tetamu jemputan bukan calang-calang orang, nama-nama besar seperti Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Rosyam Nor.
“Bukan apa, rancangan itu siaran langsung jadi saya takut tersalah cakap pula. Bagi saya ini adalah pengalaman yang bagus.
“Bagi saya, komen negatif itu saya tak kisah yang penting adalah pengalaman sebab saya dah lali dengan kutukan seperti itu.
“Kalau saya bawak mereka live dekat depan tu, tengok mereka boleh buat ke tak, sebab saya rasa kita yang dah biasa depan kamera pun boleh kekok dan gementar,” katanya.
Farah ditemui selepas sidang media mini showcase… In Love with Farah Nabila & Friends bertemat di Pusat Dagangan Dunia Antarabangsa (PWTC) pada Rabu.
Terdahulu, Farah dikritik netizen yang rata-ratanya melabelkan aktres itu terlalu terlalu kaku dan kekok ketika mengacarakan MeleTOP.
Foto: Instagarm @farahnabilahofficial / @meletop