Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Kalau Benar Bercinta, Teringin Nak Tengok Foto Kami Berdua – Kang Ha Neul Nafi Jalin Hubungan Dengan IU

Mya Amri
11/09/2017 11:37 MYT
Pelakon Korea, Kang Ha Neul menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang hangat bercinta dengan penyanyi popular IU.

Perkara itu disahkan sendiri oleh wakil pelakon itu menerusi satu kenyataan.

“Memang benar dia ada bertemu IU tetapi mereka bukanlah bercinta seperti yang disangka.

“Mereka berdua menjadi rakan baik selepas berlakon drama bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Ha Neul juga mengakui mendengar khabar angin mengenai hubungan mereka berdua.

“IU dan saya hanyalah rakan baik, kami berdua juga mengetahui tentang spekulasi yang mengatakan kami berdua menjalinkan hubungan cinta.

“Namun jika gosip ini benar seperti yang diperkatakan, saya juga teringin melihat foto-foto kami berdua,” katanya rigkas seperti yang dilapor Allkpop.

Dalam perkembangan lain, Kang Ha Neul menyertai latihan khidmat tenteranya mulai hari ini.
 
#Artis Korea #IU #Kang Ha Neul