Hiburan

"Kalau Bergaduh, Saya Tak Mahu Memihak Kepada Sesiapa" - Amelia Henderson

gempak
Asraf Aided
18/10/2019
06:25 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Bergaduh, Saya Tak Mahu Memihak Kepada Sesiapa" - Amelia Henderson
Pelakon jelita, Amelia Henderson akui gembira dipilih sebagai hos bagi program Dewi Remaja 2019 yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
Menurut Amelia, meskipun tidak berkesempatan untuk menyertai Dewi Remaja sebelum ini, dia tetap teruja kerana dipilih untuk menjadi sebahagian dari orang penting dalam program berkenaan.
"Saya rasa gembira kerana dipilih sebagai hos Dewi Remaja 2019.
"Sebelum ini saya memang tidak ada kesempatan menyertai program ini, umur saya pun sudah hampir mencecah 24 tahun dimana ia adalah paras umur maksimum dalam pertandingan ini.
"Namun begitu, saya teruja kerana dipilih untuk menjadi sebahagian dari ahli keluarga Dewi Remaja 2019," ujarnya.
Amelia berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan pengumuman peserta Dewi Remaja 2019 bertempat di The STarling, Damansara Utama Selasa lalu.
Tambah Amelia, dia harus bersikap professional dan berlaku adil kepada semua peserta dalam program itu kerana dia merasakan akan timbul konflik dan drama antara peserta.
"Semua peserta kali ini akan dikuarantin, apabila tinggal bersama untuk tempoh yang agak lama, sudah semestinya akan timbul konflik dan drama.
"Sekiranya mereka bergaduh, saya harus bersikap adil dengan tidak akan memihak kepada sesiapa.
"Itu hanyalah satu pertandingan, mereka harus sentiasa ingat perkara itu adalah untuk sementara sahaja," tambahnya.
Pemilihan Top 12 finalis Dewi Remaja 2019 telah diumumkan di majlis itu, Scha Alyahya dipilih sebagai juri tetap bagi bergandingan bersama Yusry Abdul Halim.
Dewi Remaja 2019 bakal menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 26 Oktober ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024