Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memang cukup terkenal sebagai seorang selebriti yang mempunyai pelbagai berbakat. Hal ini dapat dilihat menerusi hantaran berupa nyanyian serta rakaman tarian yang sering dikongsinya menerusi laman sosial.

Terbaharu, isteri kepada penyanyi dan pelakon Alif Aziz itu memuat naik video yang memaparkannya menari mengikut rentak lagu Money, nyanyian asal anggota kumpulan Blackpink, Lisa.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)


Menerusi rakaman video berkenaan, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 27, menari mengikut rentak muzik sambil mengenakan skirt panjang dan juga kasut tumit tinggi.

Rata-rata pengikutnya terpegun dengan kelincahan Bella yang menyusun langkah tari mengikut melodi lagu yang sedang trending di platform TikTok tersebut.

“Fuh, menari pakai heels” tulis seorang pengikutnya sambil meletakkan emoji bertepuk tangan.

“Lawalah, pakai heels lagi tu,” komen seorang lagi netizen pada video yang dimuat naik.

Namun, ada satu balasan daripada seorang pengguna media sosial yang memberi komen terhadap cara pemakaian Bella. Menurut pengguna media sosial itu, lebih manis dan molek jika Bella mengenakan tudung dan berpakaian menutup aurat.

“Assalamualaikum Bella Astillah.. nak beritahu… kalau boleh, Bella tutuplah aurat tu. Bella cantik tau kalau pakai tudung. Jujur saya cakap, memang cantik kalau pakai tudung.

“Saya doakan Bella dapat hidayah dari Allah untuk menutup aurat,” tulis pengguna Instagram berkenaan.

Komen berkenaan turut dipersetujui oleh seorang lagi netizen dengan meninggalkan komen berbunyi ‘Amin’.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia empat tahun.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac 2020 selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Namun, jodoh mereka masih panjang dan Bella kembali rujuk dengan Aliff tidak lama kemudian.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!