,
Laman Utama

"Kalau Bukan Ramadan Pun Saya Memang Puasa"- Solat Lebih Khusyuk, Sharifah Sakinah Kongsi Kelebihan Berpuasa

Syafiqah Jalal
27/03/2023
02:50 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah mengakui berpuasa adalah salah satu amalan yang biasa dilakukan bukan sahaja di bulan Ramadan.
Kata Sakinah, sebelum ini dia sering melakukan amalan diet dengan berpuasa iaitu intermittent fasting untuk mendetoks tubuhnya.
"Saya suka berpuasa kerana saya juga kalau bukan Ramadan pun saya memang puasa.
"Saya amalkan puasa seperti itermittent fasting kerana bagi saya ia detoks terbaik untuk badan kita.
"Puasa ni bagus kerana kalau kita tak disuruh berbuat begitu sampai bila pun kita tak berhenti makan," katanya kepada Astro Gempak.
Sakinah berkata kepada Gempak ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran Rantaian Kasih Habib baru-baru ini.
Kata Sakinah dia mula mendapat kesedaran untuk berpuasa selepas melihat cara pemakanan warga asing menjaga kesihatan ketika berada di luar negara.
"Kesedaran tu sewaktu saya travel ke luar negara dan melihat mereka lebih menjaga makan daripada orang kita.
"Saya lihat mereka makan bila perlu sahaja manakala saya ketika itu bila pergi ke majlis mereka, pinggan saya pula paling penuh.
"Dari situ saya rasa saya kena eat right, workout right sebab sebenarnya makanan ini bagi impak kepada mood dan hormon kita," kongsinya.
Selain itu, Sakinah memberitahu kelebihan berpuasa membuatkan mindanya lebih fokus terutama ketika solat.
"Bila kita berpuasa juga minda kita jadi lebih fokus. Kalau tidak, bangun pagi sahaja terus dah fikir macam-macam apa nak buat tiada masa untuk diri sendiri.
"Sebab itu kadang-kadang solat pun jadi tak khusyuk sebab kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian.
"Jadi sekarang saya cuba untuk tidak menyibukkkan diri dengan kerja-kerja yang terlalu membebankan supaya saya boleh fokus," ujarnya.
Mengenai perkembangan terbaharu, Sakinah bakal menjalani penggambaran dengan produksi RedComm di bulan Ramadan ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Adakah Jika Saya Belum Sempurna, Saya Tak Layak Untuk…” - Diana Danielle

gempak
19/11/2024
01:25 MYT
Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang mempersoalkan wanita tidak menutup aurat namun tetap menunaikan ibadah solat.
Hiburan

Ruhainies Sedang Jalani Misi Selawat 1000 Kali Sehari Selama 40 Hari - “Kita Perempuan Kalau…”

gempak
11/11/2024
00:55 MYT
Pelakon Ruhainies tampil berkongsi mengenai rutin zikir yang diamalkannya.
Hiburan

Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”

gempak
09/11/2024
04:50 MYT
Pelakon Adam Shahz menegaskan dia enggan lagi membuat sebarang hantaran mengenai hak penjagaan penuh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9, di media sosial.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Hiburan

Mierul Aiman Puji Hun Haqeem Tak Lokek Kongsi Ilmu - "Dia Layak Menang Anugerah"

gempak
16/10/2024
11:55 MYT
Pelakon Mierul Aiman memuji sikap pelakon kacak Hun Haqeem yang tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa bersedia membimbing pelakon yang memerlukan bantuannya dalam bidang seni.
Unitar