Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Kalau Cecah 1 Juta Pengikut Instagram Sebelum 2020, Wafiy Ceria Popstar Akan...

ZULHILMI JALIL
18/12/2019 10:55 MYT
Pelakon dan pengacara remaja, Wafiy memaklumkan bahawa dia akan muncul dengan single pertamanya sekiranya akaun Instagram miliknya mencecah 1 juta pengikut menjelang 2020.
 
Wafiy atau nama sebenarnya, Mohd. Wafiy Ilhan Johan, 17, berkata, dia memerlukan kira-kira 9,000 lagi pengikut bagi mendapatkan angka berkenaan.
 
"Hari ini 18 haribulan besok dah 19. Masya-Allah aura 2020 ni lain daripada yang lain lah.
 
"Ada 13 hari lagi nak 2020. Rasa-rasanya boleh tak Wafiy dapat 9,000 pengikut sebelum 2020?
 
"Kalau Wafiy boleh dapat 1 juta sebelum 2020, Insya-AllahWafiy akan keluarkan single pertama Wafiy pada tahun 2020," tulisnya.
 
Perkara tersebut dikongsikan bintang kelahiran Ceria Popstar itu menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

HARI NIE 18 BESOK DH 19, MASHALLAH AURA 2020 NIE LAIN DARIPADA YANG LAIN LAH ? BTW ADA 13 HARI LAGI NAK 2020 RASA2 BOLEH X WAFIY DPT 9K FOLLOWERS SEBELUM 2020?? IF WAFIY BOELH DPT 1M BEFORE 2020..INSYALLAH WAFIY AKAN KELUARKAN FIRST SINGLE WAFIY PADA TAHUN 2020?

A post shared by Wafiy (@wafiy_aan) on


 
Sehingga kini akaun Instagram miliknya, @wafiy_aan sudah mencecah sebanyak 991,000 pengikut.
 
Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan respons positif yang menyatakan bahawa impian Wafiy itu bukanlah sesuatu yang mustahil.
 
"Insya-Allah boleh.
 
"Tak sabar nak tunggu single Wafiy.
 
"Lagi sikit je follower nak naik 1 juta tu," tulis sebahagian netizen.
 
Sebelum ini, Wafiy turut menonjolkan bakatnya dalam dunia nyanyian selepas terpilih menyertai program realiti Ceria Megastar pada tahun lalu.
#pelakon #Ceria PopStar #Pelakon #Wafiy