“Kalau Dah Sayang Tu Bahaya!” - Nabila Huda Akui Selesa Mengacara, Tetapi...
Izwan Isa
05/10/2021 12:25 MYT
05/10/2021 12:25 MYT
Baru beberapa bulan pelakon Nabila Huda diberi tanggungjawab untuk mengemudi sebuah rancangan hiburan popular.
Melihat pada persembahan Nabila setiap minggu, prestasinya sebagai pengacara boleh dikatakan sentiasa berada pada level tertinggi, ditambah dengan kebolehannya untuk menghidupkan suasana sewaktu sedang bersiaran langsung.
Melihat pada persembahan Nabila setiap minggu, prestasinya sebagai pengacara boleh dikatakan sentiasa berada pada level tertinggi, ditambah dengan kebolehannya untuk menghidupkan suasana sewaktu sedang bersiaran langsung.
Menerusi kemas kini di Instagram baru-baru ini, anak kepada penyanyi rock Amy Search itu mengakui masih banyak yang perlu dipelajari dalam mendukung tanggungjawab sebagai pengemudi program tersebut.
“Terima kasih semua kerana menonton semalam. Minta maaf kalau ada yang kurang, ada yang tersasul. Tersasul itu memang trademark saya. Kemudian, ‘dia’ gelakkan diri sendiri. Jujurnya, saya dah agak selesa dengan rutin mingguan ini, dah mula sayang.
“Kalau dah sayang tu bahaya! Kita jenis kalau sayang, kita lagi bertambah all out. Apa-apa pun, saya nak kamu tahu, mengacara bukan bidang utama saya. Kerjaya saya tetap sebagai seorang pelakon dan ia tidak akan berubah,” katanya.
BACA: Awal Ashaari Tak Kecil Hati Dihentikan Khidmat Bersama Melodi, Lepaskan Tugas Kepada Nabila Huda
Nabila turut mengakui dia merupakan individu yang gemar mencuba perkara baharu untuk dijadikan pengalaman dalam hidup.
“Saya suka cuba perkara baharu untuk dijadikan pengalaman yang berharga dalam hidup. Apabila kita diberi kepercayaan, kita kena bersungguh-sungguh. Dari episod pertama sehingga sekarang, setiap minggu perasaan teruja itu masih sama dan saya akan pastikan perasaan itu berterusan.
“Apa yang buat lagi bersemangat adalah penampilan mingguan dan hasil tenaga daripada orang penting siapkan saya. Dari solekan, rambut, pengayaan sehinggalah gambar, semua seiring,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, Nabila turut meminta pengikutnya untuk memberikan komen mengenai teknik pengacaraannya dan apakah perkara lain yang ingin ditonton untuk minggu-minggu akan datang.
Nabil Huda diumumkan sebagai pengacara baharu program tersebut sekitar penghujung Julai lalu, menggantikan pengacara terdahulu, pelakon Awal Ashaari dan Janna Nick.