Berita
"Kalau Dah Tak Nak Settle Cara Baik, Bukan Main Belah Bro" - Nonny Nadirah Luah Rasa Kesal
Pelakon dan Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima, Nonny Nadirah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang berani untuk menimbulkan masalah tanpa menyelesaikan perkara itu secara baik.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nonny berharap agar pihak terbabit dapat menyelesaikan masalah tersebut dan menjadi seorang yang bertanggungjawab tanpa membuat sebarang drama.
"Drama atas drama. Jadilah lelaki yang bertanggungjawab. Kalau dah tak nak settle cara baik, bukan main belah bro.
"Nak discus cara baik kau tak nak, siap hina dia lagi. Tak gentle, busuk bro," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh Nonny bersama pihak tersebut.
Namun, Nonny tidak mendedahkan status itu ditujukan kepada siapa dan punca sebenar dia memuat naik status tersebut di media sosial.
Nonny sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 18 Mac 2018 selepas perkenalan selama sembilan tahun.
Namun, pada awal Mac lalu Nonny mengesahkan rumah tangga yang dibina kurang tempoh setahun bersama Mustain telah sampai ke titik noktah.
Must-Watch Video