"Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Kami Ada Selama Ini, Saya Terima Saja" - Amelia Christie
Gempak
29/02/2024 09:14 MYT
29/02/2024 09:14 MYT
"Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja."
Demikian kata pelakon Amelia Christie Lim mengenai status hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad selepas pelakon itu memberitahu dia tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.
Bercakap kepada Harian Metro, kata Amelia, dia tidak pernah menyekat atau berhenti mengikuti mana-mana akaun media sosial.
"Terus-terang saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan di sini saya tidak pernah 'unfollow' dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak.
"Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka dan 'move on'. Saya akui perjalanan hidup saya masih panjang dan perlu tempuh macam-macam lagi dugaan.
"Saya bersyukur sebab Allah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya. Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden (anak Sharnaaz) ikhlas dan tulus," katanya.
"Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar. Alhamdulillah, saya gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang.
"Saya juga ingin jelaskan niat saya buat kenyataan ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan saya tak nak bermusuh dengan mana-mana pihak.
"Saya cuma nak teruskan hidup dengan hal yang boleh menggembirakan dan membuatkan fikiran saya lebih positif," katanya.
Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.
Spekulasi itu semakin bertiup kencang apabila Sharnaaz bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.
Selain bercuti, Amelia juga dikatakan beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini sekali gus menguatkan lagi gosip cinta antara mereka.
Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Harian Metro
Demikian kata pelakon Amelia Christie Lim mengenai status hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad selepas pelakon itu memberitahu dia tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.
BERITA TRENDING: "Saya Tak Pernah Iyakan Fasal Saya & Amelia, Macam Mana Nak Kata Putus? - Sharnaaz Ahmad
Gosip itu mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat tidak lagi menjadi pengikut akaun media sosial masing-masing.Bercakap kepada Harian Metro, kata Amelia, dia tidak pernah menyekat atau berhenti mengikuti mana-mana akaun media sosial.
"Terus-terang saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan di sini saya tidak pernah 'unfollow' dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak.
"Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka dan 'move on'. Saya akui perjalanan hidup saya masih panjang dan perlu tempuh macam-macam lagi dugaan.
"Saya bersyukur sebab Allah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya. Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden (anak Sharnaaz) ikhlas dan tulus," katanya.
BERITA TRENDING: Unfollow Instagram, Sharnaaz Ulas Status Terkini Hubungan Dengan Amelia Christie
Menurut Amelia, alasan utama dia tampil memberikan penjelasan bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa apatah lagi bermusuh dengan mana-mana individu."Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar. Alhamdulillah, saya gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang.