Hiburan

Unfollow Instagram, Sharnaaz Ulas Status Terkini Hubungan Dengan Amelia Christie

gempak
Gempak
27/02/2024
01:20 MYT
Sponsor Banner
Unfollow Instagram, Sharnaaz Ulas Status Terkini Hubungan Dengan Amelia Christie
Pelakon Sharnaaz Ahmad enggan memberikan sebarang komen mengenai hubungannya dengan pelakon Amelia Christie yang didakwa sudah putus selepas dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

BERITA TRENDING: “Bukan Pegang Tapi Peluk Tangan…”- Sharnaaz Ahmad Dedah Siapa Wanita Yang Dibawa Bersama Ke Tayangan…

BERITA TRENDING: Sweet! Amelia Christie Terima Bunga Orkid, Kad Ucapan Sharnaaz Ahmad Jadi Tumpuan - “Thank You Sayang,…

Sharnaaz, 38, berkata, dia kini mahu memberi fokus kepada diri sendiri dan anak tunggalnya, Jebat Jayden.
"Iya ke? Saya pun tak perasan mengenai perkara itu (saling tidak ikuti di media sosial). Saya tak mahu komen apa-apa.
"Fokus saya sekarang adalah untuk diri sendiri dan anak saya. Amelia pun masih rapat dengan Jebat.
"Kadangkala sebab inilah saya tak mahu berkongsi mengenai hubungan cinta sebab risau ada apa-apa berlaku di tengah jalan dan enggan serabut begini," katanya kepada media.

BERITA TRENDING: "Boleh Tak Aunty Ni Jadi Mommy Baru Saya?" - Jebat Jayden

Menurut Sharnaaz, sepanjang perkenalan dengan Amelia dia tidak pernah mengiyakan atau menafikan mengenai status hubungan mereka.
"Amelia wanita yang baik. Namun nak kata kami ada hubungan, saya tak pernah mengiyakan sejak awal. Tidak bolehlah nak kata sudah putus, pening juga.
"Tapi saya faham mungkin orang ramai mula membuat spekulasi apabila kami bercuti bersama di Jepun. Malah ramai juga yang mendoakan hubungan kami," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Kongsi Foto Beri Bayangan Sudah Bertunang? Ini Respons Sharnaaz Ahmad…

Dalam masa sama, Sharnaaz bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun enggan membebankan fikiran mengenai soal jodoh.
"Biarlah dulu (jodoh). Sebelum ini saya sudah berkahwin sekali dan ada ke jodoh kedua selepas ini?
"Kalau ada rezeki saya terima, jika tiada pun, okey sahaja. Saya pun sudah ada anak dan fokus sekarang hanya mencari duit buat keluarga.
"Tambah pula, Jebat akan mulakan sesi persekolahan," katanya.
Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.
Spekulasi itu semakin bertiup kencang apabila Sharnaaz bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.
Selain bercuti, Amelia juga dikatakan beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini sekali gus menguatkan lagi gosip cinta antara mereka.
Sebelum ini, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live