“Kalau Dibiarkan Takut Ganggu Usus Dia” – Anak Nadya Syahera Selamat Jalani Pembedahan Penyakit Hernia

Mya Amri
Disember 5, 2018 08:06 MYT
Anak kepada pelakon Nadya Syahera, Mohamad Dayyan yang kini berusia sembilan bulan selamat menjalani pembedahan penyakit Hernia (angin pasang).
Nadya memaklumkan perkata itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Kata Nadya selain pembedahan, anak keduanya juga turut menjalani proses bersunat.
“Alhamdulillah, Dayyan selamat menjalani pembedahan Hernia dan sunat. Terima kasih semua yang doakan Dayyan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nadya juga memberitahu anaknya menghidap penyakit tersebut sejak berusia satu bulan lagi.
“Hernia Dayyan ni ada dari dia umur satu bulan lebih lagi. Nak tahu Hernia ni ada macam mana, kita sendiri akan nampak sebab akan timbul benjolan dekat kawasan atas dari alat sulit dia.
“So kalau makin lama dibiarkan takut ganggu usus dia,” jelas Nadya menerusi ruangan komen.
Terdahulu, Nadya telah mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2016 dan melahirkan cahaya mata sulungnya pada awal Mac 2017 manakala anak keduanya pada 7 Februari lalu.
Foto: Instagram @nadyasyahera, @dayyanfn dan @fizulnawi_
#pelakon #Nadya Syahera #Pelakon